Monday, June 6, 2011

Kisah Sejuta Belia



Balik daripada Kuala Lumpur, saya terus terfikir tentang kerja saya. Bulan 8 ni cukup 10 tahun saya bekerja bersama " Mat Belia ". Terus terang saya katakan bahawa saya tidak pernah langsung terlibat dalam persatuan belia di kampung semasa saya kecil dan semasa di universiti dulu saya jarang-jarang mendengar tentang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini.

Saya fikir saya lebih cenderung daripada melakukan kerja-kerja sosial di bawah Jabatan Kebajikan daripada berurusan dengan persatuan belia dan juga golongan "belia-tua". Agak pelik dulu semasa saya baru menceburi bidang ini, kebanyakan pemimpin belia adalah golongan tua. Mereka jenis manusia yang terus menerajui persatuan belia sedangkan umur mereka sudah melebihi 40 tahun. Saya fikir mereka jenis manusia yang tak sedar diri atau diri mereka sudah tersedar tapi buat-buat lupa. oh ya, melayu mudah lupa.

Kadang-kadang berada dan bekerja bersama Mat Belia amat menyeronokkan. Rasa suka, gembira, ketawa dan terhibur memang sentiasa ada. Tak lupa jugak kisah kecewa, sedih dan sebagainya turut bercampur-campur dengan kisah gembira tadi. Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur tadi saya terpikir untuk membuat satu tulisan pendek yang bertajuk " Kisah Sejuta Belia " dan saya fikir untuk bukukan penulisan itu.

Saya akan berusaha membuatnya selepas " blook ammosham " dan juga Novel " Cinta Buatan Asrama Penuh " keluar nanti.

Saya berusaha untuk kearah itu dan saya akan pastikan yang terbaik!

1 comment: