Sunday, June 12, 2011

Aku Neon II

kenapa susah sangat nak menulis dengan menggunakan perkataan SAYA? tiba-tiba hilang feeling untuk menggunakan Saya dalam blog ini.

Saya oH Saya.

Tuesday, June 7, 2011

Idea dan Pemikiran lawan Strategi dan Percaturan



Saya selalu berfikir sama ada saya perlu menjadi individu yang hanya duduk menyumbangkan idea dan pemikiran atau individu yang bertindak dalam strategi dan percaturan.

Monday, June 6, 2011

Kisah Sejuta Belia



Balik daripada Kuala Lumpur, saya terus terfikir tentang kerja saya. Bulan 8 ni cukup 10 tahun saya bekerja bersama " Mat Belia ". Terus terang saya katakan bahawa saya tidak pernah langsung terlibat dalam persatuan belia di kampung semasa saya kecil dan semasa di universiti dulu saya jarang-jarang mendengar tentang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini.

Saya fikir saya lebih cenderung daripada melakukan kerja-kerja sosial di bawah Jabatan Kebajikan daripada berurusan dengan persatuan belia dan juga golongan "belia-tua". Agak pelik dulu semasa saya baru menceburi bidang ini, kebanyakan pemimpin belia adalah golongan tua. Mereka jenis manusia yang terus menerajui persatuan belia sedangkan umur mereka sudah melebihi 40 tahun. Saya fikir mereka jenis manusia yang tak sedar diri atau diri mereka sudah tersedar tapi buat-buat lupa. oh ya, melayu mudah lupa.

Kadang-kadang berada dan bekerja bersama Mat Belia amat menyeronokkan. Rasa suka, gembira, ketawa dan terhibur memang sentiasa ada. Tak lupa jugak kisah kecewa, sedih dan sebagainya turut bercampur-campur dengan kisah gembira tadi. Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur tadi saya terpikir untuk membuat satu tulisan pendek yang bertajuk " Kisah Sejuta Belia " dan saya fikir untuk bukukan penulisan itu.

Saya akan berusaha membuatnya selepas " blook ammosham " dan juga Novel " Cinta Buatan Asrama Penuh " keluar nanti.

Saya berusaha untuk kearah itu dan saya akan pastikan yang terbaik!

Saturday, June 4, 2011

Hujung Minggu di Kuala Lumpur

1.Jika ada kekuatan dan kegagahan tenaga untuk Final Piala FA pada 11 Jun 2011 ini, hujung minggu itu akan menjadi hujung minggu ketiga saya berada di Kuala Lumpur.

2.Saya selalu terfikir bahawa sangat susah untuk menulis dengan menggunakan kata ganti nama " saya" daripada " aku" dan "gua". Saya fikir blog ini akan menjadi blog paling sopan dalam dunia.

3. Rupa-rupanya jika kereta kita mempunyai banyak minyak, kita tidak akan sesat di Kuala Lumpur. Dari Bukit Bintang tadi, saya terjumpa Balakong sebelum sampai ke Subang Jaya. Saya fikir minyak tidak sepatutnya naik buat masa sekarang dan tol juga tidak perlu banyak di Kuala Lumpur.

4. Saya rindu pada penulisan ala-Mahathir.

5. Masa depan dunia ini adalah Kapitalisme. Adam Smiths betul.

6. Prestasi jogging semakin hampar sejak 19 Mei 2011. Saya betul-betul sibuk menguruskan belia dan beliawanis yang semakin rebel sifatnya.

7. 2 Juta belia di Putrajaya 2012. Kapitalisme dan keuntungan adalah masa depan. Ayuh!