Saturday, January 4, 2014

MRSM PDRM 1992 - 2014

5 Januari 1992

Jika ada memori yang paling indah, maka 5 Januari 1992 merupakan hari yang bersejarah. Sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya oleh saya. 5 Januari 1992 mungkin satu kenangan dan memori terindah yang perlu dicatatkan dalam diari kehidupan selepas memori terindah bernikah dan semasa menimbang cahaya mata yang pertama. :)

Sebenarnya saya tak menyangka dapat masuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM atau sekolah sains yang lain. Tapi sebelum UPSR abah saya Mohamed Ibrahim seorang anggota polis ada menceritakan kepada saya bahawa pihak Polis dan MARA sedang berkerjasama untuk mendirikan sebuah sekolah berasrama penuh di Serendah, Selangor. Memandangkan  UPSR makin hampir saya fikir mungkin ini kaedah terbaik yang digunakan oleh abah saya untuk memotivasikan saya agar bersungguh sungguh dalam UPSR.

UPSR saya dapat 3A 1C. C dalam Bahasa Melayu penulisan. Tak ada apa yang lebih seronok selain dapat masuk sekolah menengah dan masa tu saya target nak masuk Sek Men Clifford. Keseronokan agak tercalar apabila saya mendengar bahawa sekolah menengah akan ditawarkan mengikut sekolah yang terhampir dengan alamat kediaman dan masa tu saya pikir saya akan bersekolah di Sek Menengah Setiawangsa yang hampir dengan tempat tinggal saya. Masa tu takada bende yang boleh difikirkan selain masuk sekolah dengan baju putih dan seluar hijau, dalam beg ada rokok dan bertumbuk dengan pelajar cina dan india jika keadaan mengizinkan.

Masa cuti selepas UPSR borang untuk masuk ke MRSM PDRM ada sampai di IPD Lipis. Masa borang tu sampai abah saya dimasukan ke Hospital akibat paru paru berair dan saya ingat lagi yang menolong saya mengisi borang itu ialah Encik Zainudin atau Pakcik Din yang satu tempat kerja dengan abah saya. Dialah yang menolong mengisi borang dari A-Z dan masa tu saya takada perasaan apa-apa selain rasa sedih sebab abah masuk hospital.

Abah dah keluar hospital. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Dari seorang kanak-kanak sekolah rendah saya menjadi seorang remaja sekolah menengah. Saya dah tak ingat langsung tentang sekolah asrama penuh dan abah masa tu dah beli baju sekolah warna putih dan seluar hijau. Masa tu perasaan nak masuk Sek Men Setiawangsa punya laa suka sebab kawan-kawan satu flat yang ada situ semua dah senior-senior. Jadi siapa nak buli budak flat yang ada kawan tingkatan 3 kat situ ye dak? Masa tu SM Setiawangsa sampai tingkatan 3 sahaja.

pung..pang..pung..pang..

Sebenarnya saya tak pasti sama ada surat tawaran masuk MRSM PDRM ni sampai dahulu sebelum saya masuk Setiawangsa saya tak ingat tapi seingat saya, saya belajar hampir 2 minggu di Setiawangsa. Dan yang saya pasti di Setiawangsa yang tak belajar mana sebab saya dah tahu saya akan di MRSM PDRM.

Saya ingat lagi bila saya dapat tawaran belajar, flat jadi agak kecoh sebab saya dapat masuk sekolah asrama penuh sebab di flat saya terkenal sebagai seorang anak polis yang banyak hal. Yalah, sebab "bapak aku polis" maka itu sebab saya agak nakal tapi senyuman nipis saya mampu membuatkan anak gadis terpikat.
Dan mak akan bercakap bahawa saya pernah dibesarkan di flat Polis Kulim dan dia akan bercakap tentang jauhnya perjalanan dari Lipis ke Kulim.

Dalam daerah Lipis hanya saya dan Maziana Mazlan seorang anak anggota dari IPD yang sama mendapat tawaran tu. Masa tu saya selalu terfikir mengapa tidak Siti Nurhaliza, rakan sepermainan saya dan juga rakan sekolah saya di SRK Clifford tidak ditawarkan belajar bersama. Saya ingat lagi yang Siti Nurhaliza masa darjah 6 sangat comel dengan rambutnya yang pendek macam tomboy.

Dan 5 Januari 1992, saya meninggalkan bumi Kuala Lipis menuju MRSM PDRM, Kulim, Kedah dengan beribu harapan, beribu impian, beribu ketakutan dan beribu bayangan. Dan benarlah kata cerdik pandai bahawa 'ketakutan punca hari tak tenteram ".

besambung disini http://ammosham.blogspot.com/2011/01/5-januari-1992.html